Sayangnya ALLAH dekat perempuan..
siapa kata jadi perempuan tu senang ?
hati ni ALLAH jadikan lembut jerr..
cepat jerr nak sensitif..
cuba tengok orang putus cinta..
selalu perempuan yang susah nak lupa..
lelaki baru putus cinta jerr..cepat ada pasangan baru..
sapa yang teruk menangis??
perempuan kan ?? lelaki boleh gelak-2 lagi..
lembut tak lembut hati perempuan ni??
tapi dengan hati yang lembut ni..perempuan dapat menkagumkan lelaki..
hebatkan??
disebabkan susahnya nak jadi seorang perempuan ni lah..
ramai perempuan yang merajuk dengan ALLAH .. kata ALLAH tak adil..
kenapa ALLAH lebihkan lelaki??
kenapa perempuan kena dengar cakap suami??
kenapa syurga dibawah telapak kaki suami??
padahal jadi perempuan tu sangat lah susah..
bak kata orang menjaga 10 anak lelaki , tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan..
dan perasaan negetif dekat ALLAH ni,ramai perempuan-2 dekat luar sana yang membebel..
diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan "lelaki tak payah tutup pun"
diorang berani bertepuk tampa dengan lelaki..
diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji "KEKASIH" yang busuk hati..
kesiankan dekat diorang??
disebabkan fikiran negetif terhadap ALLAH..
diorang sanggup rosakkan diri diorang..
diorang cakap buat macam tu sebab ALLAH tak adil..
persoalannya sekarang betul ke ALLAH tak adil dekat perempuan?
betul syurga perempuan dibawah telapak kaki suami..
tapi cuba ingat balik,syurga bagi anak lelaki ditelapak kaki siapa kalau bukan ibunya..
betul isteri kena ikut cakap suami,
tapi,seorang anak taat keapda ibunya 3kali lebih utama daripada ayahnya..
tak adil lagikah ALLAH pada perempuan??
ALLAH bukan setakat adil.. tapi sayang sangat-2 dekat perempuan..
untuk lelaki,syurga isteri dibawah telapak kakinya..
paling banyak lelaki ada 4 isteri..
cuma ada 4 yang syurganya tergantung pada seorang lelaki tu ..
kalau perempuan,kalau ditakdirkan 10 anak lelaki.. makna nya..
ada 10 yang syurganya tergantung pada perempuan tu..
masyaALLAH!!
Hebatnya perempuan...~
kenapa perempuan hebat??
sebab kasih sayang ALLAH yang jadikan kita hebat..
masih tak adil lagikah ALLAH dekat kita??
ALLAH sebenarnya terlampau adil dekat perempuan..
sampai disebabkan susahnya nak jadi seorang perempuan ni..
perempuan SENANG nak masuk syurga..
tengok hadis ni :
apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan(ramadhan),menjaga kehormatan & taat kepada suami..dia akan disuruh masuk ke syurga melalui mana-2 pintu yang disukainya..
tak adil lagikah ALLAH dekat perempuan??
betapa sayangnya ALLAH dekat kita..
betapa cintanya ALLAH dekat kita..
tapi kenapa kita rosakkan diri kita dengan benda-2 yang negetif??
ALLAH jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia..
bayangkan...dunia ni besar , dunia ni cantik , kita ni jadi hiasan..
dan seindah-indah hiasan tu..adalah perempuan solehah..
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
#wahai kaum ADAM,hargailah perempuan yang ada disisimu..bimbinglah dia.. kalau silap langkahnya, ADAM pun turut dapat nama di akhirat kelak..ADAM tegur HAWA dengan cara baik dan kena dengan caranya..didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu..
lindungi dia dari fitnah dunia#
*bukankah HAWA dijadikan dari tulang rusuk ADAM untuk disayangi & dilindungi*
Labels: jangan lupa like
OLD / NEW